Isnin, 12 November 2012

Sejarah Bola Keranjang


Bola Keranjang mula diperkenalkan semenjak tahun 1892, ia dicipta oleh Dr. James Naismith. Beliau merupakan seorang jurulatih dan guru Pendidikan Jasmani. Permainan ini dicipta atas tugasan yang diberi oleh ketua bidang sukan supaya mencipta sesuatu permainan yang dapat dimain semasa musim sejuk dan di dalam bangunan secara berpasukan. Ianya dikenali sebagai 'basketball' kerana pada awalnya, beliau menggunakan bakul sebagai gol, seperti gambar di bawah :-

Ini merupakan gelanggan pertama di Kolej Springfield.

Permainan ini telah menjadi salah satu acara sukan yang berprestij pada masa kini, melibatkan pelbagai kaum atau bangsa di mana-mana negara.
Semakin moden dunia, cara permainannya semakin 'fancy' dan bergaya, walau peraturan dan gelanggangnya tidak berubah.

Pada pendapat saya yang ingin menjalinkan hubungan yang erat dan bekerjasama sesama pelajar sekalian, saya ingin memperkenalkan acara sukan ini semasa Pendidikan Jasmani di sekolah. Pada masa yang sama juga boleh membina dan memupuk amalan bersenam di kalangan pelajar dan guru supaya hidup lebih sihat dan harmoni.

Teknologi semakin canggih, saya berharap lebih ramai pelajar atau guru boleh mendapat sedikit banyak informasi di blog saya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan