Isnin, 12 November 2012

Arkib Video

Untuk program latihan dan teknik yang lebih lanjut, boleh melayari video yang dilampirkan seperti bawah.
Semoga maju untuk sukan negara.





Program Latihan

Sebagai permulaan melibatkan pelajar-pelajar, saya akan memulakan setiap sesi permainan bola keranjang dengan membuat 'warm-up'. Di bawah adalah sedikit contoh senam sebelum memulakan permainan, agar otot-otot dan anggota badan dapat dipanaskan untuk mengelakkan kekejangan otot dan kecederaan berlaku.

Selepas sesi warm-up, setiap sesi akan saya memperkenalkan satu teknik baru, tak kira teknik menghantar atau menerima bola, sehinggalah pelajar mahir dan berupaya menjalankan satu perlawanan yang mana semua pemain sudah hampir memahami sukan tersebut.

Di antara program latihan termasuklah cara dan strategi :-





Teknik Jaringan

Apabila pemain hendak membuat jaringan, beberapa teknik seperti berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi dan keadaan semasa perlawanan.











Kemahiran dan teknik asas

Teknik Asas menerima/menangkap bola:
Pemain boleh menangkap,menerima bola dengan sebelah tapak tangan atau kedua-dua sekali. Berikut merupakan gaya apabila pemain menangkap bola.
 Pemain boleh melompat untuk hantaran bola tinggi, tetapi haruslah berjaga-jaga dengan batasan langkah kaki yang dibenarkan hanya 3 langkah. Jikalau melebih 3 langkah untuk setiap penangkapan bola, bola akan diagihkan kepada pasukan penentang.

Teknik Asas hantaran bola :
Hantaran Dada

Hantaran Ayun Bawah

Hantaran Lantun 2 tangan

Hantaran Atas kepala

Layari video ini untuk melihat teknik "Dribble", membawa bola.


Permainan bola keranjang memerlukan tenaga stamina, kecerdikan dan strategi yang pantas serta fleksibel.

'Foul' dan Lontaran percuma



Bola bola digerakkan di dalam gelanggan dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan. 

Gangguan sentuhan fizikal (Foul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola dikawal.

Lampiran ini menjelaskan contoh pergerakan dan sentuhan yang akan dikenakan 'FOUL', dan pasukan yang tidak bersalah akan diberi peluang melanjutkan permainan dengan pemberian bola semula dalam pegangan. 

Referi akan memberi 2 jaringan percuma kepada pasukan tersebut,jikalau kesalahan FOUL melebihi 5 kali.

Rujukan: a)Menolak
             b) Merempuh
             c) Mengadang
             d) Gangguan bola, semasa dalam gerakan kedalam keranjang.
        

Pengenalan Permainan Bola Keranjang

Gelanggang 

Cara bermain:
Pemain dibahagikan kepada 2 pasukan dengan 5 orang sepasukan. Sukan ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 pemain.
Pemain harus bertanding dan berusaha untuk menjaringkan gol penentang dalam masa yang ditetapkan seperti bawah:-
Jaringan gol haruslah dari atas ke bawah, pasukan memperolehi markah yang lebih tinggi dalam masa tertetap, akan menjadi pemenang. Dalam lingkungan yang berlainan mewakili markah jaringan yang berlainan. 

Jaringan yang dibuat luar lingkungan 'D' adalah 3 markah, dalam lingkungan 'D' adalah 2 markah. Manakala jaringan percuma bernilai 1 markah, yang biasanya pemain berdiri di lingkungan 'D' yang kecil bersaiz 1.8m melontar bola percuma atau penalti.

Semasa permainan, pengurus pasukan boleh menukar ahli pasukannya dalam masa seperti tertera di atas. Penukaran ahli yang mengalami kecederaan juga dibenarkan, dan masa permainan akan diberhentikan sementara penukaran berlaku.

Masa 'interval' merupakan masa berehat, dan perbincangan strategi antara pemain dan pengurus.

Kita akan memantau lagi peraturan-peraturan dan teknik asas bola keranjang di post yang seterusnya. 
Jangan ketinggalan !






Sejarah Bola Keranjang


Bola Keranjang mula diperkenalkan semenjak tahun 1892, ia dicipta oleh Dr. James Naismith. Beliau merupakan seorang jurulatih dan guru Pendidikan Jasmani. Permainan ini dicipta atas tugasan yang diberi oleh ketua bidang sukan supaya mencipta sesuatu permainan yang dapat dimain semasa musim sejuk dan di dalam bangunan secara berpasukan. Ianya dikenali sebagai 'basketball' kerana pada awalnya, beliau menggunakan bakul sebagai gol, seperti gambar di bawah :-

Ini merupakan gelanggan pertama di Kolej Springfield.

Permainan ini telah menjadi salah satu acara sukan yang berprestij pada masa kini, melibatkan pelbagai kaum atau bangsa di mana-mana negara.
Semakin moden dunia, cara permainannya semakin 'fancy' dan bergaya, walau peraturan dan gelanggangnya tidak berubah.

Pada pendapat saya yang ingin menjalinkan hubungan yang erat dan bekerjasama sesama pelajar sekalian, saya ingin memperkenalkan acara sukan ini semasa Pendidikan Jasmani di sekolah. Pada masa yang sama juga boleh membina dan memupuk amalan bersenam di kalangan pelajar dan guru supaya hidup lebih sihat dan harmoni.

Teknologi semakin canggih, saya berharap lebih ramai pelajar atau guru boleh mendapat sedikit banyak informasi di blog saya ini.