Isnin, 12 November 2012

Pengenalan Permainan Bola Keranjang

Gelanggang 

Cara bermain:
Pemain dibahagikan kepada 2 pasukan dengan 5 orang sepasukan. Sukan ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 pemain.
Pemain harus bertanding dan berusaha untuk menjaringkan gol penentang dalam masa yang ditetapkan seperti bawah:-
Jaringan gol haruslah dari atas ke bawah, pasukan memperolehi markah yang lebih tinggi dalam masa tertetap, akan menjadi pemenang. Dalam lingkungan yang berlainan mewakili markah jaringan yang berlainan. 

Jaringan yang dibuat luar lingkungan 'D' adalah 3 markah, dalam lingkungan 'D' adalah 2 markah. Manakala jaringan percuma bernilai 1 markah, yang biasanya pemain berdiri di lingkungan 'D' yang kecil bersaiz 1.8m melontar bola percuma atau penalti.

Semasa permainan, pengurus pasukan boleh menukar ahli pasukannya dalam masa seperti tertera di atas. Penukaran ahli yang mengalami kecederaan juga dibenarkan, dan masa permainan akan diberhentikan sementara penukaran berlaku.

Masa 'interval' merupakan masa berehat, dan perbincangan strategi antara pemain dan pengurus.

Kita akan memantau lagi peraturan-peraturan dan teknik asas bola keranjang di post yang seterusnya. 
Jangan ketinggalan !






Tiada ulasan:

Catat Ulasan